Kerajaan perkenal akaun fleksibel KWSP, boleh akses bila-bila masa

Kerajaan perkenal akaun fleksibel KWSP, boleh akses bila-bila masa

Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan, kata perdana menteri.

PETALING JAYA:
Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP yang boleh diakses ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada bila-bila masa.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024, apabila mengumumkan akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula “untuk memperkasa simpanan persaraan”.

“Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa,” katanya kepada Dewan Rakyat.

Sebelum ini pada Julai, KWSP berkata ia bercadang memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran pada bila-bila masa, dan akan berfungsi seperti akaun simpanan untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Sementara itu, Anwar mengumumkan kerajaan akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial, daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Beliau berkata langkah ini akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2% untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.