
Katanya, MYAirline perlu menemui Mavcom supaya ia dapat memahami isu dihadapi syarikat penerbangan berkenaan, seterusnya melihat bagaimana ia dapat membantu.
“Kami cuba memberi mereka ruang, tetapi mereka perlu beritahu apa masalah dihadapi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perunding Penerbangan Kebangsaan.
Terdahulu, New Straits Times melaporkan syarikat penerbangan itu menghadapi kesukaran membayar penyedia perkhidmatan dan pekerjanya mengikut jadual.
Isnin lalu, syarikat itu mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo atas sebab kesihatan.
Sementara itu, Loke berkata, lapangan terbang di seluruh negara menguruskan 62.83 juta penumpang dari Januari hingga bulan lalu.
Beliau menjangkakan jumlah penumpang kembali ke tahap prapandemik, iaitu sekitar 100 juta penumpang menjelang tahun depan.