MBSA operasi 24 jam hadapi banjir

MBSA operasi 24 jam hadapi banjir

Sebanyak 495 unit CCTV memantau lokasi-lokasi berisiko banjir agar bantuan awal dapat segera dihantar.

MBSA siap sedia pasukan 24 jam untuk menghadapi bencana banjir, lengkap dengan sembilan bot. (Gambar MBSA)
SHAH ALAM:
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) siap sedia pasukan yang beroperasi 24 jam bagi menghadapi bencana banjir, kata Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman.

“MBSA akan memastikan kakitangan dan pegawai bersiap sedia sekiranya ada berlaku kejadian banjir,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen MBSA.

Menurutnya, ketika ini sebanyak 495 unit sistem televisyen litar tertutup memantau lokasi-lokasi berisiko banjir agar bantuan awal dapat segera dihantar.

Antara lokasi panas yang dikenalpasti iaitu Taman Sri Muda, Seksyen 13, Taman Mesra, dan Taman Kebun Bunga.

“Sebelum ini, 145 unit CCTV jenis ‘mobile’ kita guna untuk pantau sampah haram… kalau banjir pun kita akan guna sekali.

“Ia juga akan link dengan ‘command center’ kita,” katanya.

Cheremi juga memaklumkan pihaknya mempunyai sembilan bot untuk digunakan semasa bencana banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.