
Di Kedah, jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah dengan 220 orang daripada 50 keluarga masih di sebuah PPS setakat 8 pagi tadi berbanding 221 orang daripada 49 keluarga malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan semua mangsa di daerah Pendang masih ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, melibatkan beberapa kampung dalam Mukim Rambai, Ayer Puteh, Padang Pusing, Padang Peliang, Padang Kerbau, Guar Kepayang dan Tobiar.
Di Perak, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung berkurangan kepada 66 orang daripada 17 keluarga pagi tadi berbanding 107 orang daripada 28 keluarga malam tadi.
Semua penduduk Kampung Padang Serai itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 23 Okt lalu kerana banjir di kawasan terbabit belum surut sepenuhnya.
Jabatan Meteorologi meramalkan ribut melanda semua daerah di Perak petang ini.