
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa hingga esok.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa hingga esok melibatkan dua kawasan di pedalaman Sabah, iaitu di Sipitang dan Kudat, menurut kenyataan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.