Isu REE: Sanusi selesai beri keterangan kepada SPRM

Isu REE: Sanusi selesai beri keterangan kepada SPRM

Menteri besar Kedah itu berkata, sebanyak empat soalan ditanya oleh SPRM kepadanya ketika merakam keterangannya.

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mengesahkan keterangannya berhubung isu perlombongan REE sudah dirakam SPRM kira-kira dua minggu lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mengesahkan keterangannya sudah dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu melengkapkan siasatan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).

“Dah selesai. Dua minggu lepas macam tu,” katanya selepas majlis angkat sumpah 36 Adun Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

“Tanya soalan sahaja … dalam empat soalan. Saya bukan org jahat, nak tanya banyak-banyak. Saya dikenali sebagai orang baik. Tanya sikit pun padan lah.”

Pada 11 Sept, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil Sanusi dalam masa terdekat untuk mengambil keterangannya berkaitan isu REE.

Terdahulu, SPRM memaklumkan mereka mendapat petunjuk baharu dan mungkin memanggil individu penting, termasuk beberapa warga China, bagi membantu siasatan rasuah serta salah guna kuasa dalam perlombongan REE di Kedah.

Setakat ini, 12 saksi telah memberikan keterangan kepada agensi antirasuah bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.