‘Jaga line’ curi kabel, 4 penguat kuasa ditahan

‘Jaga line’ curi kabel, 4 penguat kuasa ditahan

Sumber berkata penjawat awam itu dipercayai menjadi tonto 'jaga line' ketika sindiket tersebut mencuri kabel.

Polis turut menahan dua lagi lelaki tempatan dipercayai terbabit kecurian kabel telekomunikasi di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.
PETALING JAYA:
Empat penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel telekomunikasi Telekom Malaysia (TM).

Difahamkan, polis turut menahan dua lagi lelaki tempatan dipercayai terbabit kecurian itu di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.

Harian Metro memetik sumber berkata, penjawat awam itu dipercayai menjadi tonto “jaga line” ketika sindiket itu mencuri kabel.

“Laporan diterima daripada petugas TM selepas menerima aduan pelanggan berhubung kerosakan telefon dan data.

“Selepas membuat pemeriksaan di sekitar Taman Kanagapuram, di sini, pengadu mendapati dua kabel utama bawah tanah dipotong dipercayai dicuri,” katanya sambil menambah bertindak atas maklumat, empat penguat kuasa ditahan polis dalam serbuan baru-baru ini.

Beliau berkata, pelbagai barang dirampas, termasuk beberapa telefon bimbit, kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan milik agensi penguat kuasa yang dipercayai digunakan dalam kecurian itu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mengesahkan penahanan itu dan berkata kes belum selesai kerana siasatan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.