
Dalam surat tuntutannya, Mujahid juga menuntut Dusuki menarik balik kenyataan terbabit dalam tempoh tempoh 48 jam.
Katanya, notis tuntutan berkenaan telah dihantar menerusi peguamnya hari ini.
“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi tuntutan-tuntutan saya, saya tidak teragak-agak akan teruskan tindakan mahkamah terhadapnya, termasuk prosiding menghina Mahkamah,” katanya dalam kenyataan.
Khamis lalu, Dusuki yang menarik balik rayuan berhubung saman fitnah terhadap Mujahid menyindir bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kerana dapat menyelamatkan hampir RM300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit Tabung Haji.
Beliau menafikan kalah selepas menarik balik rayuan berhubung sama fitnah sebelum itu.
Terdahulu, Dusuki pada 22 November 2020 memfailkan saman fitnah di Mahkamah Seksyen Shah Alam terhadap Mujahid dengan menuntut permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlah.
Bagaimanapun, pada 14 September 2022, mahkamah mendapati ciapan Twitter itu tidak berbentuk fitnah kerana semasa perbicaraan terbukti bahawa aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam dan diarahkan membayar kos berjumlah RM11,000 kepada Mujahid.
Dusuki kemudian mengemukakan rayuan sebelum ditolak pada 2 Mei 2022 dengan kos RM7,000.