Pemandu kereta sewa harap kerajaan beri semula bantuan petrol, tayar

Pemandu kereta sewa harap kerajaan beri semula bantuan petrol, tayar

Bantuan itu dapat mengurangkan beban mereka yang berdepan masalah pendapatan tidak menentu.

Pemandu teksi di Malaysia pernah menikmati bantuan bahan bakar RM800 dan tayar percuma pada 2018.
REMBAU:
Lima tahun lalu, pemandu kereta sewa di Rembau menjadi antara 67,000 pemilik teksi di seluruh negara menikmati bantuan petrol atau gas RM800 dan tayar yang meringankan beban mereka.

Namun kini bantuan itu tidak lagi disediakan menyebabkan ada di antaranya tidak lagi dapat beroperasi.

Mohd Nor Adha Abdul Rahim.

Setiausaha Persatuan Kereta Sewa Rembau Mohd Nor Adha Abdul Rahim berharap kerajaan dapat memperkenalkan semula bantuan seperti itu.

“Kalau dulu zaman Barisan Nasional (BN) dapat banyak subsidi seperti tayar percuma dan kad minyak (Kad Bantuan Teksi 1Malaysia) RM800.

Mohamad Ramdan Alias.

“Boleh kurangkan beban, kalau dapat perkenalkan semula bagus juga kerana kami berdepan masalah pendapatan tidak menentu,” katanya ketika ditemui di Stesen Bas dan Teksi Rembau.

Seorang lagi pemandu kereta sewa Mohamad Ramdan Alias turut senada dengan Nor Adha yang mengharapkan bantuan itu dikembalikan semula.

Zaifulbahri Idris.

Sementara itu, penyandang tiga penggal dan calon BN DUN Chembong Zaifulbahri Idris berkata permintaan pemandu kereta sewa berkenaan mempunyai asas untuk menstabilkan pendapatan mereka.

“Ini dapat membantu menjana ekonomi dan kehidupan keluarga mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.