Calon BN Jeram Padang kemalangan

Calon BN Jeram Padang kemalangan

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong.

Keadaan kereta dinaiki Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, awal pagi tadi. (Gambar Facebook Asyraf Wajdi)
SEREMBAN:
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Jeram Padang Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan terbabit dalam kemalangan, awal pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan berlaku 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong.

Difahamkan Zaidy dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Jempol, manakala pemandu kereta yang dinaikinya kritikal.

“Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya di Facebook.

Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi FMT mengesahkan kejadian dan memberitahu kenyataan media akan dikeluarkan kemudian.

“Kenyataan akan dibuat selepas siasatan di tempat kejadian selesai,” katanya.

Pada PRN 12 Ogos depan, beliau akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Surash Sreenivasan di kerusi yang sebelum ini dimenangi BN menerusi MIC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.