
Menurut ketua Umno Sik itu, kekalahannya pada PRN bulan depan adalah perkara biasa namun jika menang pastinya namanya terkenal di seluruh Malaysia.
“Saya tak ada apa-apa kerisauan atau kegentaran karana saya menentang MB , beban itu bukan kepada saya, kalau saya kalah itu perkara biasa.
“Tetapi kalau saya menang rakyat Malaysia akan mengenali dan mengingati saya untuk lima tahun, saya optimis dan yakin beri cabaran kepadanya (Sanusi),” katanya ketika ditemui media selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di DUN Jeneri antara Khizri dan Sanusi.
Pada PRU14, Sanusi memenangi kerusi DUN Jeneri dengan majoriti 10,626 undi.