
Beliau berkata, peraturan bagi membentuk tribunal itu sudah dirangka dan kini dalam proses pelantikan ahli panel.
Katanya, tribunal itu bertanggungjawab mendengar dan melaksanakan proses pendakwaan atau pengadilan terhadap setiap aduan berkaitan gangguan seksual.
“Sekarang saya tak boleh beri butiran terperinci berhubung proses itu sehingga panel tribunal itu dilantik.
“Segala proses serta prosedur berhubung pendakwaan dan tindakan akan dijelaskan mereka (ahli panel) nanti,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Anti Gangguan Seksual di Kuching.
Akta Antigangguan Seksual 2022 diwartakan 18 Okt 2022 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Berhubung dakwaan jurulatih dodgeball melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sekolah rendah di Petaling Jaya, Nancy berkata, kes itu masih disiasat polis dan kementeriannya belum menerima butiran lanjut.