
Menteri besar Kedah menyifatkan berita seperti itu mendahului proses, dan menambah ia tersebar sejak beberapa hari lalu.
“Setakat ini belum ada lagi pegawai SPRM datang jumpa atau panggil saya untuk menyiasat kes REE,” katanya di Facebook, sambil memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar.
Memetik sumber, FMT semalam melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar, dalam isu perlombongan REE.
Menurut sumber itu, SPRM pernah membuka kertas siasatan berhubung isu tersebut pada awal 2023 dan dikatakan memanggil beberapa saksi namun tidak diketahui sejauh mana kertas siasatan berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah SPRM akan memanggil menteri besar itu dalam masa terdekat.