
Buat masa ini, beliau berkata pihaknya sedang menunggu harga ditawarkan pengeluar susu tepung itu.
“Kita sudah melaksanakan sesi libat urus bersama pengeluar, setakat ini maklum balas diberikan mereka amat positif,” katanya menurut Sinar Harian selepas merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut, Tumpat.
Bulan lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dilapor akan mengadakan libat urus dengan pengeluar susu formula bagi membincangkan harga Rahmah.
Fuziah dilaporkan berkata, kerajaan mengambil maklum kenaikan harga susu formula di pasaran ketika ini, justeru tindakan segera akan dilakukan bagi mencari penyelesaian meringankan beban rakyat.