PKR Shah Alam lapor polis dakwa Sanusi hina Sultan Selangor

PKR Shah Alam lapor polis dakwa Sanusi hina Sultan Selangor

PKR Shah Alam mahu pentadbiran Anwar Ibrahim bertindak tegas terhadap 'politik perpecahan'.

Ketua Penerangan Suryamuizzudin Kamarudin (tengah, baju batik) memegang salinan laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin PAS, Sanusi Md Nor.
SHAH ALAM:
PKR Shah Alam membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor ketika berceramah di Selayang, kelmarin.

Ketua Penerangan Suryamuizzudin Kamarudin berkata pentas ceramah politik tidak seharusnya menjadi medan membuat penghinaan terhadap institusi diraja.

“PKR Shah Alam menggesa pihak berkuasa untuk segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap Sanusi yang saban hari menjadikan pentas ceramah politik Perikatan Nasional untuk menghambur penghinaan terhadap pimpinan negara,” katanya selepas membuat laporan di IPD Shah Alam.

PKR Shah Alam juga mahu pentadbiran Anwar Ibrahim bertindak tegas terhadap “politik perpecahan”.

“Negara ini tidak boleh dibiarkan musnah dek kerana politik perpecahan,” katanya.

Dalam ucapan Sanusi yang tular sejak semalam, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.

Menteri Besar Amirudin berkata pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya perlu menilai semula kenyataan dibuat Sanusi itu, serta menginsafi kesilapan yang disifatkan melanggar etika ‘berkempen’.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.