Majlis Syura PAS lulus Nik Abduh tanding PRN, nafi mahu matikan legasi Nik Aziz

Majlis Syura PAS lulus Nik Abduh tanding PRN, nafi mahu matikan legasi Nik Aziz

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata Nik Abduh melepasi tapisan majlis syura PAS dan layak menjadi calon.

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata PAS Kelantan mencadangkan nama Nik Abduh untuk PRN akan datang, dan beliau melepasi tapisan majlis syura.
PETALING JAYA:
PAS menolak dakwaan parti itu cuba menafikan Nik Mohamad Abduh peluang bertanding pilihan raya dan mematikan legasi bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata pimpinan PAS Kelantan sendiri yang mencadangkan nama Nik Abduh untuk PRN akan datang.

Beliau turut mengesahkan bahawa anak kepada bekas mursyidul am itu melepasi tapisan majlis syura PAS, sekaligus layak menjadi calon parti itu pada pilihan raya 12 Ogos depan.

“Saya boleh sahkah bahawa di antara senarai calon termasuk Nik Abduh yang telah diluluskan untuk bertanding PRN,” katanya kepada FMT.

Hashim berkata senarai calon yang melepasi tapisan majlis syura akan diserahkan kepada PAS negeri, yang akan tentukan kerusi mana ditandingi.

“Kemudian tuan punya tubuh itu sendiri bersedia atau tidak nak bertanding? Kita tak paksa. Mereka layak bertanding untuk bertanding,” katanya.

Sebelum ini Nik Abduh berkata beliau akan terus bersama PAS sama ada dipilih sebagai calon atau tidak pada PRN nanti. Beliau menambah menjadi calon sama sekali bukan ukuran kepada legasi ayahnya.

Nik Abduh pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas (2013–2018) dan Bachok (2018–2022).

Beliau menolak tawaran pertahan Bachok ketika menuju PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.