
Justeru, beliau berkata, PAS Kedah menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan berhubung cadangan itu.
“Bila sampai masa buat keputusan, negeri dan jentera akan terima apa sahaja (keputusan) dan arahan,” katanya pada Muktamar Majlis Ulama PAS ke-64 di sini.
Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilaporkan berkata, PAS perlu menggunakan simbolnya sendiri di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada pilihan raya akan datang.
Katanya, pendekatan itu membuahkan hasil pada pilihan raya di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan secara menyeluruh, termasuk kelebihan dan kekurangan menggunakan simbol bulan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Siti Ashah Ghazali pula berkata, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan berhubung cadangan itu.
“Apa keputusan pimpinan buat, kita akan ikut. PRU dulu kita guna logo Perikatan Nasional, kita menang 33 dari 36 kerusi (DUN pada PRN Kedah 2023).
“Soal kembali nak guna logo bulan itu kita serah pimpinan tentukan dan kita akan patuh,” kata Adun Merbau Pulas itu.