4 projek naik taraf sistem saliran Kelantan mula Julai

4 projek naik taraf sistem saliran Kelantan mula Julai

Projek bernilai RM11.5 juta itu bagi mengatasi masalah banjir kilat melibatkan hampir 7,300 penduduk, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) meninjau keadaan sistem saliran ketika mengadakan lawatan kerja projek membina dan menaik taraf sistem saliran di Kota Bharu hari ini. (Bernama pic)
KOTA BHARU:
Sebanyak empat projek menaik taraf sistem saliran di Kelantan dengan kos berjumlah RM11.5 juta akan dilaksanakan segera pada pertengahan Julai ini.

Empat projek terlibat bagi membina dan menyiapkan saliran untuk mengelakkan banjir ialah Baruh Kadok ke Pasar Batu 8, Kampung Kota, kawasan belakang Istana negeri Kubang Kerian dan Taman Wadi Iman, Kok Lanas di Kota Bharu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata projek-projek ini bertujuan mengatasi masalah banjir kilat di kawasan terbabit bagi melindungi hampir 7,300 penduduk daripada kejadian banjir.

“Projek ini dapat mengatasi masalah banjir kilat pada setiap musim tengkujuh dan hujan lebat berikutan saliran sedia ada tidak sempurna serta terhalang akibat mendapan tanah, saliran tanah di lot persendirian telah dikambus,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek membina dan menaik taraf sistem saliran di negeri Kelantan dekat Taman Wadi Iman, Kok Lanas, di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata apabila projek seluas 452 hektar itu siap sepenuhnya pada pertengahan 2024, ia dapat mengurangkan berlakunya kesan banjir di kawasan penempatan penduduk yang terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.