
Ketua Balai Bomba Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.34 malam berhubung sebuah kereta pacuan empat roda dihanyutkan ketika cuba meredah banjir di kampung itu.
“Menurut pengadu, kenderaan itu membawa dua penunggang motosikal bersama motosikal masing-masing pada bahagian belakang, kemudian kenderaan itu melalui kawasan banjir sebelum dihanyutkan arus,
“Pasukan bomba tiba di lokasi sejauh 47km itu pada 10.47 malam dan mendapati terdapat empat mangsa lelaki terlibat termasuk dua penunggang motor.
“Ketika itu tiga mangsa selamat manakala seorang mangsa, iaitu penunggang motosikal hilang,” katanya dalam kenyataan.
Jemishin bagaimanapun berkata mangsa yang hilang itu ditemukan meninggal dunia oleh pekerja ladang kira-kira 800m dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut pada 7.15 pagi tadi.
Beliau berkata mangsa dibawa keluar oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis, dan operasi ditamatkan pada 8.44 pagi tadi.