
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga.
Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi.
Menurut JPBN Sarawak, antara PPS mencatat peningkatan pemindahan mangsa banjir adalah di bahagian Kuching, khususnya di daerah Serian dikenal pasti sebagai kawasan zon merah bencana, melibatkan PPS Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 29.
Selain itu, trend peningkatan turut direkodkan di bahagian Sibu dan Bintulu, masing-masing membabitkan PPS Bukit Arip dan PPS Dewan Suarah Bintulu.