PRN: Exco Kedah serah kereta rasmi selepas DUN bubar, kata MB

PRN: Exco Kedah serah kereta rasmi selepas DUN bubar, kata MB

Exco Kedah bertanding pada PRN tidak boleh guna aset kerajaan.

Sanusi Md Nor berkata setiap parti perlu bertanding secara ‘anak jantan’ tanpa guna dana dan harta kerajaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua Exco Kedah diarah untuk menyerahkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri selepas pembubaran DUN dijangka 28 Jun depan.

Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata mereka tidak boleh menggunakan aset kerajaan itu untuk kempen PRN.

“Saya harap parti lain juga guna kaedah sama, kalau ada lori yang dibeli dengan harta kerajaan maka simpan dahulu,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media di Kedah.

Selain Kedah, PRN juga akan diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

Sanusi yang juga pengarah jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) berkata setiap parti perlu bertanding secara ‘anak jantan’ tanpa menggunakan dana dan harta milik kerajaan.

Menurutnya, proses demokrasi yang bermula dari pembubaran DUN sehingga pembentukan kerajaan perlu berjalan lancar tanpa menyalah guna aset kerajaan.

“Saya harap semua parti akan bertanding secara anak jantan, jangan cakap lain, tetapi buat lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.