
Anwar berkata, persoalan Muhyiddin itu akan dijawab dalam sesi soal jawab perdana menteri.
“Saya akan jawab di Parlimen dan biar dia (Muhyiddin) ada di situ untuk hujah. Saya harap dia hadir,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Muhyiddin mendakwa perdana menteri menandatangani perjanjian itu ketika lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia baru-baru ini, walaupun pakar maritim menasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Sehubungan itu, Muhyiddin dilaporkan menggesa perdana menteri untuk memberi penjelasan berhubung perjanjian persempadanan maritim itu.
Mengenai pengagihan kerusi menjelang PRN di enam negeri, Anwar berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah di peringkat akhir.
Enam negeri terlibat dalam PRN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.