Rogol, liwat 3 anak; bapa mengaku tak salah

Rogol, liwat 3 anak; bapa mengaku tak salah

Tertuduh berusia 38 tahun turut berdepan satu pertuduhan mencederakan isterinya.

Lelaki berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks terhadap tiga anaknya.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks terhadap tiga anaknya.

Tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan itu sebaik semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun.

Dia turut berdepan tiga lagi pertuduhan melakukan perhubungan seks terhadap anaknya berusia 12 tahun.

Selain itu, tertuduh berdepan dua lagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang lagi mangsa berusia sembilan tahun.

Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah dalam daerah Kuala Nerus, antara Februari 2022 hingga Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377CA, dan 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nur Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 323/326A KK kerana mencederakan isterinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.