Wan Azri diperintah bela diri buat hasutan terhadap Agong

Wan Azri diperintah bela diri buat hasutan terhadap Agong

Hakim membuat keputusan selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap penulis blog itu.

Wan Azri Wan Deris
Pada 2 Mei 2024, Wan Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi X. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penulis blog Wan Azri Wan Deris membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wan Azri.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mahkamah pihaknya akan mengemukakan seorang saksi iaitu Wan Azri sendiri pada prosiding membela diri.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Nov ini untuk Wan Muhammad Azri memberi keterangan.

Pada 2 Mei 2024, Wan Azri, 42, yang juga bekas exco Pemuda Umno mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini pada 12 tengah hari 29 April tahun lepas mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu, yang bermula pada Oktober tahun lepas, menyaksikan sembilan saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.