
Shahril Abu Bakar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Rosli Ahmad.
Shahril yang berkhidmat di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) IPK Kuala Lumpur, didakwa sengaja mengabaikan notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 Mac 2024.
Dia didakwa gagal menjelaskan kepada SPRM pada 28 Jun lalu bagaimana memperoleh pelbagai harta, termasuk 716.8g emas digital, mata wang kripto RM80,000, pelaburan RM39,198 dan RM110,000 yang dimasukkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera milik diri dan anak-anaknya serta membayar RM68,000 untuk pinjaman perumahan di Johor Bahru.
Deputi superintendan itu juga didakwa gagal mengenal pasti wang yang dimasukkan ke akaun bank syarikat Tahara Services.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Hakim menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Shahril menyerahkan pasportnya sementara menunggu kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Okt ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin, manakala peguam Azrul Zulkifli Stork mewakili tertuduh.