
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Mohd Fadil Saidin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.47 pagi sebelum menghantar sembilan pegawai dan anggota yang tiba di lokasi pada 2.09 pagi.
“Sejurus tiba didapati kemalangan membabitkan bas persiaran dinaiki 17 penumpang dengan lori muatan ais.
“Lima mangsa mengalami kecederaan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita penumpang bas dan pemandu lori ais.
“Semua mangsa sudah dikeluarkan daripada kenderaan sebelum pasukan bomba tiba dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Melaka dengan ambulans KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya dihubungi, lapor Harian Metro.
Fadil berkata, 14 penumpang lain tidak cedera dan bomba turut membersihkan tumpahan minyak dan sisa kemalangan di lokasi.
“Operasi ditamatkan pada 3 pagi,” katanya.