Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van

Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van

Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu pagi tadi.

police line
Menurut Ketua Polis Kinabatangan D Ravi, ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans terbabit.
KINABATANGAN:
Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini.

Ketua Polis Kinabatangan, D Ravi, berkata kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu turut menyebabkan 12 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam ambulans selain lapan individu menaiki van berkenaan.

Beliau berkata kesemua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.

“Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.

“Ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans,” katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berkata pesakit wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.