Cuba rasuah polis RM60,000, lelaki direman 6 hari

Cuba rasuah polis RM60,000, lelaki direman 6 hari

Rasuah ditawarkan kepada pegawai kanan polis berpangkat DSP itu dipercayai untuk melepaskan suspek yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan.

Seorang lelaki direman kerana dipercayai cuba menawarkan rasuah kepada seorang pegawai polis untuk melepaskan dirinya daripada ditahan.
MELAKA:
Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan cuba menawarkan wang rasuah berjumlah RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP.

Rasuah itu ditawarkan dipercayai untuk melepaskan dirinya yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan.

Perintah dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman untuk reman bermula hari ini hingga 7 Jun.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ketika hadir memberi keterangan pada 10.40 malam tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan, atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.