
Ahli Majlis Terence Tan, berkata tindakan itu berlaku ketika mesyuarat pusat setempat (OSC) dan perkara prosedur.
OSC dalam proses memberikan kelulusan bagi plot tanah di Lorong Sultan, untuk dibangunkan.
Tan berkata, OSC menolak permohonan pemaju tahun lalu kerana pihak syarikat memohon plot tanah lebih besar, berbanding keluasan dibenarkan. Pemaju kemudian merayu keputusan itu.
“Kerajaan Selangor kemudian mengeluarkan garis panduan seragam (bagi nisbah plot), yang mana baik untuk menyeragamkan proses,” katanya kepada FMT.
Susulan itu, Tan berkata, pemaju menghantar satu lagi permohonan kepada OSC untuk dipertimbang, seiring rayuan dikemukakan.
Bagaimanapun, tiga daripada lima Ahli Majlis OSC mahu pemaju menarik semula rayuan terlebih dulu, sebelum permohonan baharu boleh dipertimbangkan.
“Pemaju enggan menarik balik rayuan, selain Datuk Bandar Azhan Amir mahu kelulusan diberikan,” katanya.
Dalam kenyataan petang tadi, 19 ahli majlis berkata, mereka keluar kerana pencanggahan pandangan dalam mesyuarat OSC tidak dihormati.
Mereka tidak mahu pihak majlis melakukan apa jua kesilapan bertentangan prinsip undang-undang.
Tan berkata, secara prinsip ahli majlis tidak mempunyai masalah dengan projek berkenaan. Mereka hanya mahu prosedur betul dipatuhi.