Sukar ‘pujuk’ akar umbi Umno terima DAP perkara biasa, kata Lih Kang

Sukar ‘pujuk’ akar umbi Umno terima DAP perkara biasa, kata Lih Kang

Ketua PKR Perak berkata ia memandangkan ini kali pertama kerjasama antara DAP dan Umno dirangka dalam kerajaan perpaduan.

Ketua PKR Perak Chang Lih Kang, berkata bagaimanapun tiada masalah penerimaan di peringkat tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kesukaran Umno “memujuk” ahlinya menerima DAP sebagai rakan sekutu dilihat perkara biasa memandangkan kali pertama kerjasama dibuat, kata Ketua PKR Perak Chang Lih Kang.

Beliau berkata, mana-mana parti juga akan berdepan kesukaran sama.

“Di peringkat pimpinan tertinggi kerjasama antara kita (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) memang bagus.

“Malah, di peringkat negeri kita juga sudah wujudkan satu jawatankuasa bersama antara PH dan BN,” katanya menurut Kosmo.

Hari ini, Timbalan Ketua Umno Iskandar Puteri, Pandak Ahmad, berkata berkata walaupun mengakui Umno boleh bekerjasama dalam kerajaan perpaduan bersama DAP, namun “memaksa” penyokong parti mengundi parti lain tidak dipersetujui.

Beliau mengulas seruan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan supaya ahli parti memberi undi kepada DAP, pada PRN.

Pandak berkata, Ahmad tidak menyelami “peringkat bawahan” berhubung “sentimen” terhadap DAP.

“Sebenarnya kenyataan dibuat Ahmad Maslan itu bersifat peribadi, dia tidak menyelami peringkat bawahan bahawa sentimen itu tetap ada. Jadi, jangan hanya kerana mempertahankan jawatan yang ada sehingga mengabaikan prinsip yang di bawah,” katanya menurut Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.