
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Raziq Ramli yang beralamat di Felda Keratong 6.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria berkata, kejadian itu turut melibatkan dua lelaki dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.
Katanya, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.20 pagi sebelum anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kita dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai telah terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa yang meninggal dunia ke atas.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.