
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak, Annuar Zaini berkata, khutbah bertemakan “Guru Insani Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun” akan disampaikan di semua masjid negeri itu hari ini.
“Ia sebagai mengiktiraf peranan penting warga guru untuk negara.
“Baginda juga memperkenankan guru diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid di Perak,” katanya menurut Berita Harian.
Justeru, guru dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri serta Daerah dipilih menyampaikan khutbah Jumaat di masjid negeri dan daerah, iaitu Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh dan Masjid Sultan Azlan Shah.
Masjid daerah lain adalah Kinta Selatan, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Batang Padang, Larut Matang Selama, Manjung, Kerian, Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim, Hulu Perak dan Masjid Al-Ghufroniah di Sungai Siput (Utara).