Tak baca teks khutbah rasmi, JAIPk gantung tugas, elaun 4 imam

Tak baca teks khutbah rasmi, JAIPk gantung tugas, elaun 4 imam

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd Razak berkata semua imam itu didapati membaca teks khutbah disediakan jabatan agama negeri lain, Jakim dan teks 2023.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd Razak berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk akan datang bakal memutuskan sama ada perkhidmatan imam itu ditamatkan atau mengambil tindakan tatatertib lain.
PETALING JAYA:
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggantung sementara tugas empat imam di negeri itu kerana didapati tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan jabatan itu pada 31 Jan lalu.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd Razak berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk membuat keputusan menggantung tugas dan elaun perkhidmatan yang diterima imam berkenaan, lapor Sinar Harian.

Katanya, tindakan itu yang selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018 berkuatkuasa pada 6 Feb lalu melibatkan imam masing-masing di dua masjid di Teluk Intan, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

“Tempoh pergantungan bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa yang akan datang.

“Kemungkinan pada awal Ramadan nanti kita akan bersidang semula untuk memutuskan sama ada ditamatkan (perkhidmatan) atau mengambil tindakan tatatertib yang lain,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zakaria berkata, siasatan mendapati, empat imam tersebut masing-masing membacakan teks khutbah disediakan pihak berkuasa agama Pulau Pinang, Kedah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan satu teks khutbah JAIPk 2023.

Katanya, semua imam berkenaan memberi alasan teks khutbah JAIPk tidak dapat dibaca pada hari kejadian atas faktor teknikal.

Pada 3 Feb lalu, polis menyerahkan siasatan kes khatib tidak membacakan khutbah Jumaat disediakan pihak berkuasa agama negeri kepada JAIPk untuk siasatan lanjut, selepas merakam keterangan dua individu yang tampil membuat laporan polis.

Ia susulan bekas Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis mendakwa seorang imam di sebuah masjid Teluk Intan enggan membaca teks khutbah terkini disediakan JAIPk, sebaliknya menggunakan teks 2023.

Imam bertugas di Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Intan itu kemudian membuat laporan polis mendakwa bekas Adun itu memfitnahnya berhubung isu khutbah Jumaat.

Mohamad Lotfi Samsudin dilaporkan berkata tuduhan Hasnul Zulkarnain bahawa dirinya melanggar titah Sultan Perak tidak berasas sama sekali dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.