Dr Mohtar pengarah kesihatan Johor baharu

Dr Mohtar pengarah kesihatan Johor baharu

Pelantikan pengarah Hospital Sultanah Aminah itu berkuatkuasa 2 Mei ini.

Dr Mohtar Pungut@Ahmad dilantik pengarah kesihatan Johor baharu menggantikan Dr Aman Rabu bersara wajib 11 April lepas. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Dr Mohtar Pungut@Ahmad dilantik sebagai pengarah kesihatan Johor baharu mulai 2 Mei ini.

Pelantikan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ling berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Dr Aman Rabu yang bersara wajib pada 11 April lepas.

Beliau berkata ketika ini, Dr Mohtar, 55, masih memegang jawatan pengarah HSA dan akan berkhidmat hingga akhir bulan ini.

Ling berkata, kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mohtar atas pelantikan beliau.

“Semoga kepimpinan beliau dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negeri Johor dan akan terus menjadikan negeri ini maju dan cemerlang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.