
Pelantikan Ketua Umno Selayang, Hasnal Rezua Merican Habib Merican dan Ketua Wanita Umno Kulim, Nazira Abdul Rahim sebagai pesuruhjaya pada 2022 dikritik masyarakat sivil akibat hubungan politik mereka.
Mereka menyelesaikan tugas masing-masing walaupun digesa berundur, tetapi tidak disambung untuk penggal kedua – tempoh maksimum yang dibenarkan di bawah Akta Suhakam.
Shamsul dalam kenyataan berkata, Mariati Robert yang menganggotai panel Suhakam menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia di penjara Taiping, disambung untuk penggal kedua sebagai pesuruhjaya.
Pelantikan lain termasuk Dahim Danot, K Bathmavathi, Ahmad Azam Ab Rahman, Tay Lee Ly dan Abdul Kadir Jailani Ismail, yang semuanya akan berkhidmat sebagai pesuruhjaya penggal pertama.
Pelantikan mereka selama tiga tahun sehingga 19 Ogos 2028.
Pesuruhjaya baharu itu akan menyertai Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak, Farah Nini Dusuki dan pesuruhjaya Suhakam yang lain, iaitu Al Adib Samuri, Zufar Yadi, Brendan Abdullah dan Melissa Akhir.