4 mat rempit pukul polis ditahan

4 mat rempit pukul polis ditahan

Suspek mengaku merusuh dan menyertai perlumbaan haram.

Polis berkata suspek memukul anggota menjalankan tugasan Ops Selamat di Kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi, Ahad lalu.
PETALING JAYA:
Empat mat rempit ditahan selepas dipercayai memukul seorang anggota polis di Kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kulai, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow, berkata kejadian berlaku ketika anggota terbabit menjalankan tugasan Ops Selamat.

Katanya, laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 3.04 petang hari sama.

“Keempat-empat mereka ditahan berasingan di Kulai dan Johor Bahru, semalam. Sepasukan pegawai dan anggota IPD Kulai menyerbu dua lokasi dan menahan empat suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mengaku terbabit merusuh dan menyertai perlumbaan haram,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, tiga daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan jenayah.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 146 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.