
Menerusi kenyataan Tl-M berkata, langkah itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar mempraktikkan pengurusan baik serta menghapuskan segala bentuk rasuah dalam kalangan wakil rakyat dan senator.
“Sesetengah ahli politik ada mengatakan bahawa mereka enggan mengisytiharkan aset dan pendapatan atas alasan ianya sulit dan bimbang keselamatan diri.
“TI-M mengingatkan semua ahli politik bahawa mereka dipilih oleh rakyat, oleh itu mereka perlu ingat sebagai wakil rakyat mereka sewajarnya sentiasa telus dalam tindakan mereka dengan mengamalkan integriti pada setiap masa,” katanya.
TI-M turut mengulangi gesaan supaya kerajaan mewajibkan semua wakil rakyat mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Undang-undang seperti akta pengisytiharan aset mesti diperkenalkan bagi memastikan semua ahli politik dan mereka yang memegang kuasa untuk mengisytiharkan dan mengemas kini harta mereka secara teratur.
“Mereka yang asetnya didapati meningkat secara signifikan dalam tempoh singkat mesti diwajibkan memberikan penjelasan dengan bukti dokumen sokongan yang diperlukan. Apabila membuat pernyataan-pernyataan ini, maklumat berkaitan dengan pemilikan benefisial adalah penting supaya mereka tidak lagi boleh mengelak untuk mengisytiharkan harta,” katanya.