SPRM bukan alat politik, kata Azam

SPRM bukan alat politik, kata Azam

Ketua pesuruhjayanya berkata, agensi antirasuah itu 'sangat konsisten' dalam menyiasat kes besar.

Sebelum ini, terdapat gesaan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen untuk memastikan ia kekal bebas. (Gambar Bernama)
KUALA SELANGOR:
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, menolak dakwaan agensi itu menjadi alat kerajaan.

“Sekiranya anda melihat rekod dari 2006 hingga sekarang, kami sangat konsisten,” katanya dalam satu majlis.

Belia berkata, pada 2016, SPRM memfokuskan kes membabitkan jumlah besar dana awam, seperti isu 1MDB dan skandal air Sabah.

“Jadi, tiada alasan untuk sesiapa melabelkan kami alat, tidak kira parti mana menjadi kerajaan, SPRM tetap konsisten,” katanya menjawab soalan berhubung kritikan terhadap agensi itu.

Selasa lalu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mendakwa parti itu menjadi mangsa “pendakwaan terpilih” selepas bekas ketua penerangannya, Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah.

Semalam, bekas ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan rasuahnya, seorang pegawai SPRM memaklumkan agensi anti-rasuah itu “digunakan” setiap kali berlaku pertukaran kerajaan.

Sebelum ini, terdapat gesaan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen untuk memastikan ia kekal bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.