
Menurut Bernama memetik laporan media tempatan, lelaki berumur 24 tahun itu ditahan pada 6 Februari lalu ketika hendak memasuki kem pelarian di Yayasan Mina Raya Pidie, Aceh.
Ketua Polis Pidie Imam Asfali berkata lelaki itu mengaku menjadi agen kepada “bos besar” yang berada di Malaysia untuk membawa keluar tujuh orang pelarian.
“Semakan mendapati individu berkenaan masuk ke Indonesia secara tidak sah pada 24 Januari melalui Dumai, Riau dan telah diserahkan kepada Imigresen Indonesia untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sebelum ini, sindiket itu cuba membawa keluar pelarian di kem Lhokseumawe, Aceh ke Medan untuk diseludup ke Malaysia dengan kerjasama seorang etnik Rohingya, Bodu Zaman.