Pemecatan batal, Lokman kembali jadi ahli MKT Umno

Pemecatan batal, Lokman kembali jadi ahli MKT Umno

Lokman Noor Adam berkata pembatalan pemecatan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan melalui panggilan telefon.

Lokman Noor Adam dipecat Umno pada 7 Feb 2020.
PETALING JAYA:
Umno membatalkan pemecatan Lokman Noor Adam sebagai ahli parti itu, semalam.

Lokman berkata, pembatalan pemecatan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan melalui panggilan telefon.

“Kini saya kembali sebagai ahli MKT Umno. Terima kasih presiden, timbalan presiden, ahli MKT dan semua yang mendoakan saya.

“Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini dikembalikan,” katanya di Facebook.

Pada 7 Feb 2020, Lokman mendakwa beliau dipecat oleh Umno dalam mesyuarat MKT yang berlangsung pada hari berkenaan melalui undi angkat tangan yang tidak sepatutnya mengambil kira undian pengerusi negeri memandangkan mereka bukan ahli MKT.

Lokman berkata, beliau reda dengan keputusan itu dan tetap setia kepada Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.