Nazri Aziz bakal duta besar ke AS

Nazri Aziz bakal duta besar ke AS

Nazri Aziz bakal menjadi duta besar ke Amerika Syarikat dengan menerima watikah pelantikan hari ini.

Nazri Aziz menerima watikah pelantikan sebagai duta besar ke AS daripada Agong hari ini.
PETALING JAYA:
Bekas menteri undang-undang, Nazri Aziz, bakal menjadi duta besar ke Amerika Syarikat, kata Wisma Putra.

Perkembangan ini menyusuli khabar angin yang berlegar sejak Jun tahun lepas, bahawa bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu akan dilantik sebagai duta.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan Nazri dan sembilan lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Nazri mempunyai pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran negara, yang mana beliau pernah menjadi menteri pelancongan dan kebudayaan, menteri pembangunan perusahaan, dan timbalan menteri kewangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.