Demontrasi sejajar nilai AS, kata duta besar

Demontrasi sejajar nilai AS, kata duta besar

Edgard Kagan dalam wawancara juga menekankan ironi pemimpin yang sebelum ini menentang demonstrasi namun kemudian mengubah pendirian.

Edgard D. Kagan
Duta Besar AS ke Malaysia Edgard Kagan mengalu-alukan demonstrasi berhampiran kedutaan sebagai tanda komitmen terhadap kebebasan suarakan pendapat.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah demonstrasi diadakan di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) paparan komitmen kebebasan bersuara yang sejajar nilai negara itu berkait memberi pendapat, kata duta besar AS ke Malaysia.

Edgard Kagan berkata, bantahan ‘menunjukkan komitmen terhadap kebebasan bersuara yang kami fikir adalah baik dan sudah lama dijuarai AS’.

Tunjuk perasaan telah diadakan berhampiran kedutaan itu tanda sokongan kepada rakyat Palestin dan membantah sokongan AS terhadap Israel, menentang lawatan Presiden AS Donald Trump pada Sidang Kemuncak Asean, selain menentang cadangan pelantikan pengulas politik pro-Israel Nick Adam sebagai duta besar AS seterusnya.

Kagan dalam wawancara bersama FMT, berkata walaupun demonstrasi tidak popular di mata kerajaan Malaysia sebelum ini, ‘kami tetap menyokongnya’.

Beliau juga menekankan ironi pemimpin politik yang sebelum ini menentang demonstrasi, namun kemudiannya mengubah pendirian.

“Saya dapati agak menarik sebahagian mereka ketika berkuasa berkuasa tidak menganggap demonstrasi dan kebebasan bersuara itu begitu baik, kini sangat mendukungnya,” kata Kagan.

Kagan berkata ‘kami menerima perkara itu’ sebagai tanda penghargaan bersama terhadap nilai kebebasan memberi pandangan.

“Dan sebagai duta besar AS, saya hanya ingin menyatakan bahawa kami menerima permohonan maaf anda,” katanya berseloroh.

Namun, Kagan tidak menamakan pihak mana dirujuknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini kuat menentang demonstrasi jalanan, pada 2016 pernah menyeru rakyat turun ke jalan raya menuntut peletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, dan pada Julai tahun ini, beliau menyertai perhimpunan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berundur.

Beliau juga pernah mengkritik Naib Presiden AS pada 1998, Al Gore, ketika kemuncak gerakan reformasi, apabila Gore menyatakan sokongan awam kepada demonstrasi yang diadakan susulan pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.