Khidmat Kagan sebagai duta besar AS tamat Februari

Khidmat Kagan sebagai duta besar AS tamat Februari

Edgard Kagan yang menjadi duta besar tahun lalu akan bersara daripada perkhidmatan luar negara AS.

H.E Edgard D.Kagan-Ambassador of The United States to Malaysia-4
Edgard Kagan dilantik sebagai utusan AS yang ke-22 ke Malaysia pada 2024.
PETALING JAYA:
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard Kagan, bakal menamatkan tempoh perkhidmatan pada Februari ini dan akan bersara daripada perkhidmatan luar negara itu.

Menurut sumber enggan dikenali, Kagan telah memaklumkan perkara tersebut kepada kerajaan Malaysia minggu ini. “Beliau memberitahu kerajaan akan bersara pada pertengahan Februari,” kata sumber itu kepada FMT.

FMT difahamkan, peletakan jawatan Kagan sebagai utusan menyusuli keputusannya untuk menerima satu jawatan di luar kerajaan AS.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mencalonkan Nick Adams sebagai duta besar AS ke Malaysia yang seterusnya.

Berita persaraan Kagan muncul genap dua tahun selepas beliau tiba di Malaysia, yang mana beliau dicalonkan oleh pentadbiran Joe Biden.

Sebagai seorang pegawai perkhidmatan luar negara, Kagan pernah berkhidmat dalam Majlis Keselamatan Negara dan juga pernah menjadi timbalan ketua misi di Kedutaan AS di India dan Malaysia.

Antara detik penting sepanjang tempoh perkhidmatan Kagan adalah mengiringi Trump dalam lawatannya ke Malaysia, baru-baru ini.

Dalam temu bual bersama FMT bulan lalu, Kagan menyatakan Asia Tenggara dan rantau Indo-Pasifik yang lebih luas kekal menjadi keutamaan strategik bagi AS, dengan Washington dan Putrajaya berhasrat mengukuhkan lagi hubungan akrab yang terjalin antara pemimpin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.