
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata lapan suspek berusia 20 hingga 64 tahun ditahan di lokasi pergaduhan yang berlaku kira-kira 7.30 malam Ahad, manakala seorang lagi suspek berusia 30 tahun ditahan di tepi Jalan Kota pada 1.45 pagi semalam.
“Pergaduhan berkenaan tular di media sosial Facebook dan kejadian dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan trak tunda yang berebut pelanggan untuk perkhidmatan menunda kenderaan,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, semua suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam pergaduhan itu dan mereka direman dua hari mulai hari ini.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.