SPRM tahan Tan Sri disyaki tipu pelabur lebih RM300 juta

SPRM tahan Tan Sri disyaki tipu pelabur lebih RM300 juta

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan ditahan kelmarin kerana disyaki terbabit tipu pelabur.

handcuff
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki berusia 60-an itu ditahan di pejabat SPRM semalam dan direman empat hari untuk siasatan lanjut pagi tadi.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Tan Sri disyaki menipu wang pelabur dipercayai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata lelaki berusia 60-an itu ditahan di pejabat SPRM semalam dan mahkamah Putrajaya membenarkan dia direman empat hari untuk siasatan lanjut pagi tadi.

Selain lelaki itu, beliau berkata, seorang wanita berusia 50-an yang juga ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan ditahan kelmarin kerana disyaki terbabit penipuan berskala besar.

“Ramai pelabur kehilangan ratusan juta ringgit dan kita anggarkan kerugian dialami pelabur lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

“Pelaburan yang didalangi dua suspek terbabit adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan lumayan,” katanya menurut Harian Metro pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media di Kota Bharu.

Azam menasihatkan orang ramai tidak mudah terjebak pelaburan yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.