Polis beri amaran tindakan tegas terhadap ‘doxing’

Polis beri amaran tindakan tegas terhadap ‘doxing’

Sebar, dedah atau papar maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang.

Khalid Ismail
Ketua Polis Negara Khalid Ismail kata ‘doxing’ boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perlindungan Data Peribadi, dan Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan, mendedahkan atau memaparkan data peribadi seseorang tanpa kebenaran, atau ‘doxing’.

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata ‘doxing’ boleh disiasat di bawah beberapa undang-undang, antaranya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi, dan Seksyen 507E dan 507F Kanun Keseksaan.

“Prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, pandangan, atau situasi semasa, dan tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian,” menurut kenyataan.

Amaran ini menyusuli kenyataan menteri dalam negeri berhubung penyebaran maklumat peribadi seorang individu di platform dalam talian.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan, mendedahkan atau memaparkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Ini termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri dan maklumat keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.