
“Mereka ambil inisiatif itu, kita sokong (hak mereka), dan kalau ada masalah kita bantah,” kata Anwar selepas majlis pelancaran buku di ibu negara.
Pemuda PAS selepas solat Jumaat akan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid Asy-Syakirin, KLCC bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan seorang ahli politik Sweden membakar Al-Quran ketika menunjuk perasaan.
Ahli politik terbabit, Rasmus Paludan, membakar Al-Quran ketika menunjuk perasaan di depan Kedutaan Turki di ibu negara Sweden, Stockholm, pada 21 Jan lepas, dengan kebenaran polis negara itu.
Menurut laporan Al-Arabiya, Paludan dalam permitnya menyatakan tunjuk perasaan itu adalah terhadap Islam dan cubaan presiden Turki mempengaruhi kebebasan bersuara di Sweden.
Pembakaran kitab suci itu mengundang kecaman banyak pihak, termasuk Amerika Syarikat yang menarik perhatian bahawa pembakaran itu berlaku ketika Sweden perlukan persetujuan Turki untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).