Pegawai polis disyaki terlibat pertubuhan haram ditahan

Pegawai polis disyaki terlibat pertubuhan haram ditahan

Tangkapan dilakukan oleh Bukit Aman dengan kerjasama polis Terengganu.

Bukit Aman menangkap pegawai polis dan beberapa individu lain kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram.
KUALA TERENGGANU:
Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.

Menurut sumber, tangkapan semua suspek dilakukan menerusi Op Selendang oleh Bukit Aman dengan kerjasama polis Terengganu.

Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan.

Difahamkan pertubuhan haram itu mulai aktif di daerah Dungun mulai 2021.

Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh Bukit Aman setelah siasatan selesai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.