Inovasi ‘on tap’ dengan penulen air tanpa tangki layan diri LG PuriCare™

Inovasi ‘on tap’ dengan penulen air tanpa tangki layan diri LG PuriCare™

LG menawarkan kemudahan dan fleksibiliti dengan penulen air terbaharu.

Kualiti air yang kita minum sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih sihat dan memuaskan.

Manusia memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (sekitar dua liter) untuk kekal hidrasi dan menyokong fungsi harian tubuh. Air membantu mengawal suhu dalaman badan, menyampaikan nutrien penting, dan membantu membuang sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh kita.

Walau bagaimanapun, kualiti air yang diminum juga perlu dititik beratkan. Pengambilan air yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit serius seperti cirit-birit, taun, demam kepialu dan banyak lagi. Bahan pencemar berkenaan boleh dijumpai dalam bentuk mikroorganisma berjangkit atau logam berat seperti merkuri, dan bahan kimia berbahaya yang lain.

Sumber air di seluruh dunia semakin tercemar akibat daripada pengurusan air sisa yang lemah. Kajian pada tahun 2020 mendapati bahawa sebanyak 53% sungai di Malaysia telah tercemar, dengan kira-kira satu perlima daripadanya menunjukkan tahap pencemaran yang tinggi.

Atas sebab ini, adalah sangat penting untuk mengambil langkah berhemat dalam memastikan air minuman kita ditapis dengan betul dan selamat untuk diminum.

LG yang merupakan syarikat penulen air terkemuka, menyasarkan untuk memudahkan akses kepada air bersih bagi setiap rumah selain membantu pelanggan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui sistem penapisan air yang inovatif dan fleksibel.

Pencemaran sungai yang semakin meningkat menjadi ancaman serius kepada kesihatan kita apabila sumber air yang berharga telah tercemar.

Kemudahan penulen air tanpa tangki layan diri

Reka bentuk yang kompak dan bergaya, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ menawarkan pendekatan baru untuk penulenan air.

Peranti ini memastikan paip air bebas daripada mikrob berbahaya melalui ciri ‘pensterilan automatik suhu air yang tinggi’. Ia juga menawarkan pilihan pensterilan manual dengan satu sentuhan butang.

Memandangkan tangki air adalah antara tempat yang paling terdedah dengan pertumbuhan bakteria, penulen terbaru dari LG ini menapis terus air – tanpa menggunakan tangki air.

Ia menampilkan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat yang menyingkirkan sembilan logam berat (Merkuri, Plumbum, Arsenik, Kadmium, Besi, Aluminium, Kuprum, Mangan dan Zinc), bakteria dan bahan cemar berbahaya yang lain.

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ termasuk pensterilan UV-LED dan paip keluli tahan karat untuk kebersihan optimum.

Mengambil kesempatan daripada teknologi moden, ia memastikan nutrien penting seperti Sodium dan Potassium kekal di dalam air, sekaligus membekalkan air minuman yang lebih segar, sihat dan rasa yang lebih baik.

Dicipta untuk kemudahan anda

Proses untuk menggantikan penapis dalam sistem penulenan air sering membebankan pelanggan. Ia mungkin memerlukan bantuan juruteknik terlatih, mengatur tarikh servis dengan pengilang dan sebagainya.

Sebaliknya, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ memudahkan proses penukaran penapis melalui reka bentuk yang unik.

Penulen air LG PuriCare™ boleh dialih keluar dengan mudah.

LG juga menyediakan perkhidmatan langganan penapis yang menghantar penapis air gantian setiap enam bulan terus ke depan pintu anda. Ini menjimatkan masa menunggu dan membolehkan anda mendapat bekalan air berkualiti sepanjang tahun.

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mempunyai tiga pilihan suhu air (40°C, 75°C dan 85°C) yang sesuai untuk kegunaan isi rumah. Ciri kawalan air panas yang intuitif ini memudahkan proses untuk membancuh susu tepung dan kopi.

Inovatif dan mudah, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ merupakan salah satu cara terbaik untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan menikmati air minuman yang lebih tulen untuk tahun-tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™, klik di sini.

jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.