Muhyiddin dalam keadaan stabil, jalani rawatan jangkitan pada sistem penghadaman

Muhyiddin dalam keadaan stabil, jalani rawatan jangkitan pada sistem penghadaman

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Muhyiddin dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

“Beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,”
menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan itu turut menyebut hasil pemeriksaan kesihatan mendapati tiada bukti
menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Sehubungan itu, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Terdahulu, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.